6 September 2026 – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bersama Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) dan Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq (MSABA) telah menjayakan Majlis Pelancaran BARAKAH Pit Stop @ Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar. Program ini merupakan inisiatif MAIWP yang menyediakan ruang rehat dan sokongan buat komuniti rider p-hailing. Pelancaran ini turut menandakan lokasi kedua BARAKAH Pit Stop selepas Masjid Wilayah Persekutuan.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Turut hadir memeriahkan majlis ialah YB Dato’ Seri Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil, Menteri Komunikasi Malaysia, Sahibus Samahah Haji Ahmad Fauwaz Fadzil, Mufti Wilayah Persekutuan, YBhg. Datuk Syed Kamarulzaman Syed Kabeer, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), serta Datuk Is. Mohd Nizam Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.
Turut hadir ialah Datuk Ir. Ahmad ‘Asri Abdul Hamid dan Prof. Dr. Mohd Salmi, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YFBM, Encik Johan Halid, Ketua Pegawai Eksekutif YFBM, serta Encik Peter Yu, Pengarah Urusan Dunkin’ Malaysia, dan Encik Mohd Rizal Abd Rahman, wakil daripada F&N Holdings Berhad.
YFBM merakamkan penghargaan kepada MAIWP, MSABA, Dunkin’ Malaysia, dan F&N Holdings Berhad atas kerjasama dan sokongan dalam menjayakan inisiatif ini. Semoga BARAKAH Pit Stop terus menjadi ruang yang membawa manfaat, barakah, dan sokongan kepada komuniti rider p-hailing.
BERPAKAT BANTU MASYARAKAT.





