LITERASI KELAS RIMBA BATEQ SESI KE-9 BAGI TAHUN 2026

  • Post author:
  • Reading time:4 mins read
 

LITERASI KELAS RIMBA BATEQ | KG CANGKUNG

Minggu lalu, pasukan Yayasan Food Bank Malaysia kembali ke Kg Cangkung untuk sesi ke-9 bagi tahun 2026 untuk meninjau keadaan komuniti serta perkembangan anak-anak dalam program Literasi Kelas Rimba Bateq (LKRB). Selain bergotong-royong membersihkan kawasan pembelajaran dan memantau kesejahteraan para pelajar, kami turut meluangkan masa menjalankan pelbagai aktiviti bersama mereka bagi mengeratkan hubungan serta mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif.

Program LKRB didayakan oleh Yayasan Hasanah bagi memperkasakan pendidikan kanak-kanak Bateq melalui akses kepada pembelajaran asas, sekali gus membuka peluang untuk mereka meneruskan pendidikan dalam sistem arus perdana.

Terima kasih kepada Yayasan Hasanah yang terus bersama menjayakan usaha ini. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai LKRB dan inisiatif Yayasan Food Bank Malaysia, layari laman web kami atau ikuti media sosial kami untuk perkembangan terkini.

Berpakat Bantu Masyarakat.

#Literasikelasrimbabateq #sukukaumbateq #kualatahan


DONATE