14 Julai 2024 – Pada hujung minggu yang lalu, telah berlangsung program Literasi Kelas Rimba Bateq 2.0 sesi ke-22 di Kg. Cangkung, Kuala Tahan. Program yang didayakan oleh Yayasan Hasanah ini bertujuan untuk memberi pendidikan awal kepada anak-anak Orang Asli di sini. Pelaksanaan program ini akan berlangsung selama dua tahun di Kg. Cangkung, Sg. Keniam, Ulu Tembeling, Pahang Darul Makmur.
Literasi Kelas Rimba Bateq 2.0 merupakan kesinambungan kolaborasi antara Yayasan Food Bank Malaysia dan Yayasan Hasanah dalam memberi tumpuan kepada pendidikan awal kanak-kanak Orang Asli Suku Kaum Bateq yang terpinggir di pedalaman sebagai proses persediaan awal sebelum menyertai sekolah aliran arus perdana di Sekolah Kebangsaan Kampung Pagi.
Turut serta pada program minggu ke-22 ini ialah Mr. Peter Yu, Pengarah Urusan DUNKIN’ Malaysia, En. Johan Halid, Ketua Pegawai Eksekutif YFBM serta sukarelawan daripada JPN Terengganu.
Pada program kali ini juga, Mr. Peter Yu telah berbesar hati untuk menyumbang 200 biji donat Dunkin’ kepada anak-anak Orang Asli di sini.
Ikuti perkembangan lanjut tentang program ini di laman sesawang yfbm.org & semua platform media sosial YFBM.
Sertai misi kami untuk membantu golongan Orang Asli dan yang memerlukan. Mari menyumbang kepada Yayasan Food Bank Malaysia.
Yayasan Food Bank Malaysia
Maybank
5660 1063 0584
atau
Berpakat Bantu Masyarakat
Share our story!
Lend your Help!
Every RM10 You Donate, Provide 1 Meal to Someone in Need
Donate Now
More Post..
HELP US
Every donation will go to feed the right person.
DONATE