“TERIMA KASIH KERANA BANTU KAMI, KAMI SEKELUARGA DAH 3 HARI TAK MAKAN”
Ini antara bait bait ayat yang kami terima sepanjang 900 Individu yang telah dibantu melalui Food Bank Runcit.
Apa itu Food Bank Runcit? Food Bank Runcit merupakan program yang dijalankan oleh YFBM untuk membantu individu memerlukan yang melakukan permohonan melalui laman sesawang atau media sosial YFBM. Mereka yang memohon akan diberikan satu kotak makanan yang mengandungi makanan asas dan beras yang boleh bertahan dua hingga 3 minggu. Hampir 900 individu telah berjaya dibantu melalui bantuan dan derma yang anda sumbangkan selama ini.
Tetapi apakan daya, kami memerlukan dana untuk terus menjayakan program ini kerana permintaan yang terlalu tinggi. Mereka yang memerlukan ini perlu dibantu, dan berhak dibantu oleh anda. Sama sama kita membantu mereka yang memerlukan. Dengan RM5 yang anda salurkan, dapat menyediakan makanan untuk mereka yang sangat memerlukan. Ayuh bersama sama YFBM dalam menjayakan Food Bank Runcit ini.
Anda yang ingin memohon dan menyumbang, boleh layari www.yfbm.org/food-bank-runcit/
untuk maklumat yang lebih lanjut.
Berpakat Bantu Masyarakat.
#YFBM #FoodBankRuncit
More Post..

Selamat Hari Susu Sedunia!
Mari kita bersama-sama menghargai manfaat susu dalam menjaga kesihatan dan pertumbuhan yang baik. Jaga kesihatan dengan meminum susu setiap hari. Bersama-sama kita menjaga kesihatan dengan

HAPPY DEEPAVALI FROM US AT YFBM!
Wishing everyone a joyous Deepavali filled with love, laughter, and light! May this festival of lights bring hope, unity, and prosperity to all. Let’s celebrate

KEMBARA MERDEKA 68 – MISI BANTUAN KEMANUSIAAN BERSAMA RPG COMMERCE
KEMBARA MERDEKA 68 – MISI BANTUAN KEMANUSIAAN BERSAMA RPG COMMERCE 23 Ogos 2025 – Program Kembara Merdeka 68 bersama RPG Commerce telah berlangsung di Kampung
