26 Februari 2025 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) telah menerima kunjungan hormat daripada Yayasan UMPSA.
Pertemuan ini membincangkan peluang kerjasama dalam memperkukuh inisiatif bantuan serta menyokong komuniti yang memerlukan.
Lawatan ini mencerminkan komitmen bersama dalam memperluaskan jaringan bantuan dan mencipta impak yang lebih mampan. Terima kasih kepada Yayasan UMPSA atas kesudian melawat serta menyokong usaha ini.
Berpakat Bantu Masyarakat.