KUNJUNGAN HORMAT YAYASAN FOOD BANK MALAYSIA KE IPD DAERAH KAJANG

  • Post author:
  • Reading time:2 mins read
 

13 April 2026 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) telah mengadakan satu kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, Selangor sebagai usaha mengeratkan hubungan serta membuka ruang kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.

Sesi ini dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif YFBM, YBrs. Encik Johan bin Halid bersama Ketua Pegawai Operasi, Puan Puteri Fazlieznoor binti Yahaya dan Pengurus Besar, Puan Yang Rafidah binti Othman. Delegasi YFBM telah disambut mesra oleh barisan kepimpinan IPD Kajang yang diketuai oleh SUPT. Mohamad Nasir bin Drahman selaku Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, bersama DSP Prem A/L Sepermaniam (Ketua Bahagian Pengurusan), DSP Wan Mohd Azrin bin Wan Hussein (Ketua Bahagian Cawangan Khas) dan INSP Mu’az bin Mazlan (Ketua Polis Balai Semenyih).

Pertemuan ini memberi fokus kepada perbincangan potensi kolaborasi dalam pelaksanaan program kebajikan dan bantuan komuniti. Diharapkan jalinan ini dapat menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif yang memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan, selaras dengan usaha bersama dalam memperkukuh kesejahteraan masyarakat.

Berpakat Bantu Masyarakat.