24 Disember 2024 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En. Johan Halid, telah mengadakan kunjungan hormat ke Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Pulau Pinang. Kunjungan ini bertujuan membincangkan kerjasama strategik dalam usaha membantu golongan memerlukan.
Kehadiran En. Johan Halid disambut mesra oleh Haji Nasruddin bin Mat Nasir, Pengarah Negeri Pulau Pinang, bersama pegawai-pegawai kanan LHDNM, termasuk Encik Yusmaherizam bin Mohd Yusof, Encik Mohamad Azam bin Nayan, Puan Tuan Noziehasni binti Tuan Hassan, Puan Nurul Haida binti Mohd Saad, dan Cik Shazmin binti Zolbahar.
Perbincangan ini diharapkan dapat memperkukuhkan lagi usaha bersama dalam membantu lebih ramai golongan-golongan yang kurang berkemampuan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat Malaysia.
Berpakat Bantu Masyarakat!