22 Januari 2025 – Yayasan Food Bank Malaysia menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pahang untuk membincangkan kerjasama strategik dalam program Literasi Kelas Rimba Bateq di Kuala Tahan, Pahang.
Perbincangan ini turut melibatkan Program MEKAR (Menyemai Kasih Rakyat), sebuah inisiatif di bawah JPN yang bertujuan membantu komuniti Orang Asli mendapatkan dokumen pengenalan diri secara sah dan sistematik.
Kerjasama ini penting bagi memastikan anak-anak komuniti Bateq mempunyai akses kepada pendidikan formal, perkhidmatan asas, dan peluang masa depan yang lebih baik.
Kami mengucapkan terima kasih kepada JPN Pahang atas sokongan mereka dalam menjayakan inisiatif ini. Semoga kolaborasi ini membawa impak positif kepada komuniti Bateq.