Misi Bantuan Kemanusiaan Kembara Merdeka ke-65 adalah kesinambungan program Kembara Merdeka yang dilaksanakan oleh Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) sejak dari awal penubuhannya lagi. Untuk Edisi Tahun 2022, konsep program ini sedikit berbeza daripada tahun-tahun yang lalu kerana selain daripada mengagihkan barang makanan asas, YFBM juga turut mengagihkan minyak motorsikal percuma kepada penghantar makanan, kurier dan penduduk kawasan luar bandar di mana program ini diadakan setiap minggu bermula pada 5 Ogos 2022 di Bandar Baru Bangi dan berakhir pada 28 Ogos 2022 di Port Dickson. Seramai 1560 orang telah menerima sumbangan minyak motorsikal pada program ini.
Berikut merupakan lokasi-lokasi yang dikunjungi oleh Yayasan Food Bank Malaysia :
1) Seksyen 9, Bandar Baru Bangi ( 160 Penerima )
2) Kg Iboi, Baling ( 200 Penerima )
3) Kg Pisang, Baling ( 200 Penerima )
4) Kupang, Baling ( 200 Penerima )
5) Arau, Perlis ( 200 penerima )
6) Kg Lubuk Buntar Bandar Baharu, Kulim Kedah ( 300 Penerima )
7) Jalan Pantai, Bandar Baru Sunggala Port Dickson ( 300 penerima )
Selain itu, mereka yang hadir di program ini turut menerima barangan makanan sumbangan daripada Syarikat Gardenia Bakeries KL dan Mi Sedaap Malaysia. YFBM menerima maklumbalas yang positif daripada penerima yang hadir malah mereka mengharapkan program sebegini perlu diadakan lagi pada masa akan datang. Walaupun nilai yang disumbangkan dianggap kecil tetapi ianya sangat memberi manafaat kepada golongan yang memerlukan di luar sana.
Activity Post...
More Post..

MAJLIS PELANCARAN JALINAN KERJASAMA LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG BERSAMA YAYASAN FOOD BANK MALAYSIA
30 Jun 2025 — Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) telah menerima kunjungan rasmi daripada delegasi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) bagi Majlis Jalinan Kerjasama yang diadakan

SESI PEMBUNGKUSAN 480 BEG SUMBANGAN NESTLÉ MALAYSIA BERSAMA YAM TENGKU DATIN PADUKA SETIA ZATASHAH
13 Oktober 2025 – Telah berlangsung sesi pembungkusan di Pusat Pengumpulan dan Pengedaran Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) dengan kerjasama Nestlé Malaysia. Sebanyak 480 beg

YFBM dan L’Oreal Malaysia menyantuni anak anak yatim.
YFBM dan L’Oreal Malaysia telah berkolaberasi untuk menyantuni anak-anak yatim dan miskin daripada tiga buah rumah kebajikan terpilih di sekitar Selangor. Rumah kebajikan yang terlibat
