22 Ogos 2026 – Kembara Merdeka 69 bersama Etika Sdn Bhd diteruskan ke Pos Telanok, Cameron Highlands, dengan menyantuni komuniti Orang Asli di Kampung Rening dan Kampung Terakit.
Sepanjang misi dua hari ini, sebanyak 300 beg makanan asas telah diagihkan kepada komuniti Orang Asli di empat buah kampung sebagai sebahagian daripada usaha bersama untuk berkongsi rezeki dan menyantuni komuniti setempat.
Pada hari kedua, sebanyak 150 beg makanan asas telah diagihkan kepada komuniti Orang Asli di Kampung Rening dan Kampung Terakit. Seperti hari sebelumnya, program turut dimeriahkan dengan nyanyian lagu-lagu patriotik serta perkongsian daripada Etika Sdn Bhd mengenai peluang pekerjaan bersama Etika kepada komuniti Orang Asli.
Terima kasih kepada Etika Sdn Bhd dan semua pihak yang terlibat atas sokongan dan kepercayaan dalam menjayakan Kembara Merdeka 69 bersama Yayasan Food Bank Malaysia. Semoga semangat kemerdekaan terus diterjemahkan melalui usaha membantu, berkongsi dan menyantuni masyarakat di seluruh negara.
Dari komuniti ke komuniti, kita raikan Merdeka dengan berkongsi rezeki.
WeAreEtika
Berpakat Bantu Masyarakat.




