25 Mac 2025 – L’Oréal Malaysia bersama Yayasan Food Bank Malaysia meneruskan inisiatif Kasih Ramadan dengan membawa 130 kanak-kanak dari Rumah Perlindungan Nur Hati, Rumah Jagaan Kasih Murni, Pusat Jagaan Amal Asyura dan Rumah Kebajikan Hajah Kamariah untuk membeli belah sempena Aidilfitri di Aeon Mall Bandar Utama, sebelum berbuka puasa bersama di Dealova Place @ Sunway Nexis.
Program ini turut dihadiri oleh Y.A.M. Datin Paduka Setia Tengku Zatashah binti Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Pengerusi Yayasan Food Bank Malaysia, Encik Thomas Hruska, Pengarah Urusan L’Oréal Malaysia – Singapura, Encik Johan Halid, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Food Bank Malaysia serta kakitangan Loreal Malaysia.
Terima kasih kepada L’Oréal Malaysia atas sokongan padu dalam memastikan kanak-kanak ini dapat merasai kegembiraan menyambut Syawal. Semoga usaha ini terus membawa keceriaan dan membantu lebih ramai yang memerlukan.
L’Oréal Paris (Malaysia)
Berpakat Bantu Masyarakat.
HELP US