KAJANG > GERIK > PULAU TUJUH > SEMELOR > RPS DALA > ULU LAWIN (Hari Pertama)
Bermula dari Kajang, kami bergerak ke Gerik untuk memulakan misi Jelajah Tengkujuh Perak 2022 yang pertama. Sasaran utama bantuan kemanusiaan Yayasan Food Bank Malaysia dalam program jelajah tengkukuh, adalah dari kalangan penoreh getah, nelayan, petani dan Orang Asli. Komuniti inilah antara yang paling terkesan kehidupan mereka apabila tiba musim tengkujuh. Tidak dapat bekerja, tiada pendapatan dan terputus bekalan makanan.
Perjalanan misi kali ini agak mencabar dimana kami perlu masuk kedalam kampung dengan menggunakan lebih kurang 10 kenderaan 4×4 disebabkan jalan yang tidak rata, ditemani hujan yang kadang menyukarkan lagi perjalanan kami untuk menghantar terus bantuan bekalan makanan ini kepada penerima. Lokasi yang terlibat merupakan Pulau 7, Kg Semelor, Bukit Nangka, Bukit Ladoy, Sg Urat, Sg Untung 5, Sg Untung 9 dan Tokong.
Misi Jelajah Tengkujuh Perak kali ini, CIMB Foundation menjadi penyumbang utama. Cimb Foundation telah menaja kotak makanan dan beras 10kg yang berjumlah sebanyak 512 set. Selain itu, Mr DIY turut menyumbang pek kebersihan diri untuk penerima. Kami mendapat kerjasama yang baik daripada Tok Batin atau Ketua Kampung bagi setiap kawasan untuk memudahkan sesi penyerahan sumbangan.
Misi kali ini tidak dapat berjalan dengan baik jika tidak mendapat kerjasama yang baik daripada semua pihak. Terima kasih kami ucapkan. Berpakat kita Bantu Masyarakat.
Misi kali ini tidak dapat berjalan dengan baik jika tidak mendapat kerjasama yang baik daripada semua pihak. Terima kasih kami ucapkan.
Berpakat kita Bantu Masyarakat.
More Post..

Air Selangor Box of Hope – Taman Impian Ehsan, Kajang
Box of Hope oleh Air Selangor dengan kerjasama YFBM berpeluang menyantuni penduduk di Taman Impian Ehsan yang terletak di Kajang. 100 Box of Hope dapat

MRS INTERNATIONAL WORLD CARES – BANTUAN ‘KINDNESS BASKET’ DI KAMPUNG ORANG ASLI DI ULU BATU, ULU YAM & SETINGGAN JALAN BACHANG, KG SG TUA, SELANGOR
2 Februari 2025 – Mrs International World Malaysia dengan kerjasama Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) telah mengadakan program bantuan kemanusiaan ‘Kindness Basket’ bagi membantu komuniti

Majlis Perasmian Pelancaran Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2021 (BKN 2021)
Previous Next Yayasan Food Bank Malaysia telah menghadiri Majlis Perasmian Pelancaran Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2021 (BKN 2021) di Perkarangan Laman Kompleks Perbadanan Putrajaya pada pagi
