Program Jelajah Tengkujuh YFBM 2022 yang berlansung pada 3 & 4 Disember 2022 di Daerah Jeli dan Gua Musang, Kelantan. Sasaran utama bantuan kemanusiaan Yayasan Food Bank Malaysia dalam program jelajah tengkukuh, adalah dari kalangan penoreh getah dan Orang Asli sekitar Gunung Reng, Jeli serta Meranto, Kg Kuala Lah dan Kg Stelu, Gua Musang. Komuniti inilah antara yang paling terkesan kehidupan mereka apabila tiba musim tengkujuh. Tidak dapat bekerja, tiada pendapatan dan terputus bekalan makanan.
Yayasan Food Bank Malaysia mendapat kerjasama dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Gua Musang yang menyediakan perkhidmatan logistik bagi penghantaran barang-barang keperluan asas di semua kampung yang sudah dikenalpasti.
Terima kasih diucapkan kepada Dunkin’, penaja utama bagi Program Jelajah Tengkujuh YFBM 2022 Edisi Kelantan kali ini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat.
BERSAMA BANTU MASYARAKAT
#YFBM #Dunkin
More Post..

Gotong Royong Pendawaian Kelas PROKHAS
hasriq_yfbm_admin
February 6, 2023
YFBM dengan kerjasama APM cawangan Gua Musang dan pertubuhan Sahabat Jariah Malaysia ke perkampungan Kaum Orang Asli Bateq yang terletak di Kuala Koh, Kelantan untuk

PROGRAM BAKUL MAKANAN MAIWP PRIHATIN KOMUNITI SEJAHTERA 2025
afiq_yfbm_admin
October 12, 2025
12 Oktober 2025 — Program Bakul Makanan MAIWP Prihatin diteruskan lagi dengan kerjasama Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM). Kali ini, lokasi agihan bantuan tertumpu

Wishing You a Meaningful Thaipusam!
afiq_yfbm_admin
February 5, 2026
Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan & Hari Cuti Thaipusam Semoga sambutan ini terus menyemai semangat perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan dalam masyarakat berbilang kaum. Bersama kita
