HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA 2026

  • Post author:
  • Reading time:6 mins read
May be an image of text

Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia, Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) mengajak kita untuk mengambil sedikit masa bertanya khabar kepada orang di sekeliling. Kadangkala, soalan ringkas seperti “Awak okay?” boleh membuka ruang untuk seseorang berkongsi apa yang terbuku di hati.

Bagi YFBM, menyantuni masyarakat turut bermakna mengambil peduli tentang perasaan dan kesejahteraan mereka. Kita mungkin tidak mempunyai semua jawapan, tetapi kita boleh mendengar tanpa menghakimi dan menemani mereka ketika diperlukan.

Jika hari ini terasa berat, anda tidak perlu menghadapinya sendirian. Ceritalah kepada seseorang yang anda percayai dan dapatkan sokongan profesional apabila diperlukan.

Berpakat Bantu Masyarakat.