Food Bank Relief CIMB Foundation diteruskan lagi di jajaran Inas, Negeri Sembilan.
Serahan kali ini diserahkan oleh DYMM Tuanku Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan DYMM Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan kepada 150 penerima yang layak.
Turut disertai, Puan Sharifah Salwa, Pengurus CIMB Bank cawangan Bahau dan pasukannya untuk membantu misi kali ini.
Tidak dilupakan juga kepada NGO Al Baasith yang komited dan cemerlang dalam menguruskan kelancaran misi kali ini.
Penerima kali ini terdiri daripada penoreh getah dan asnaf yang terjejas pendapatannya akibat musim Tengkujuh.
Untuk pengetahuan anda, penaja utama CIMB Foundation telah menaja Food Bank Relief CIMB Foundation dengan menyediakan set bag bekalan makanan asas, beras 10kg, minyak masak 5kg dan set penjagaan kebersihan diri kepada 800 penerima yang layak di Negeri Sembilan.
Ikuti perkembangan daripada kami untuk misi Food Bank Relief CIMB Foundation ini untuk kawasan agihan seterusnya.
Berpakat Bantu Masyarakat
More Post..

SELAMAT HARI PEKERJA
afiq_yfbm_admin
May 1, 2025
Di Yayasan Food Bank Malaysia, kami menghargai usaha para pekerja yang menjadi tulang belakang masyarakat. Sempena Hari Pekerja ini, kami terus komited menyelamatkan makanan lebihan

KUNJUNGAN HORMAT YS PENGARAH APM NEGERI SELANGOR KEPADA PENGERUSI LEMBAGA PEMEGANG AMANAH YFBM
afiq_yfbm_admin
March 4, 2024
4 Mac 2024 – Pengarah APM Negeri Selangor, YS PPj. (PA) Ghazali bin Abd Rahman telah melakukan Kunjungan Hormat kepada Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan

Persediaan Misi Bantuan Kemanusiaan Banjir 2022
hasriq_yfbm_admin
December 20, 2022
Terima kasih kami ucapkan kepada semua hero yang bertungkus-lumus membungkus 1000 bakul makanan “Ready to Eat” yang akan disumbangkan kepada mangsa banjir Pantai Timur esok
