20 Julai 2024 – Hari ini, program ke-12 dan ke-13 penyerahan bakul makanan Food Bank Lestari – Misi Bantuan Kemanusiaan MAIWP Prihatin 2024 telah berlangsung di PPR Laksamana dan Madrasah Babul Khairat, PPR Perkasa.
Seramai 100 penerima dari PPR Laksamana dan 100 penerima dari PPR Perkasa telah menerima sumbangan bakul makanan dan set kebersihan diri pada program kali ini.
Program ini merupakan kolaborasi antara Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Sumbangan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan kepada program ini adalah hasil daripada kutipan zakat, dengan sasaran penerima adalah golongan asnaf yang beragama Islam di Wilayah Persekutuan.
Turut hadir ke kedua-dua program hari ini ialah En. Johan Halid, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Food Bank Malaysia. Program hari ini turut dibantu oleh sukarelawan daripada Persatuan Asrama Belia Malaysia Wilayah Persekutuan, Majlis Belia Kawasan Titiwangsa, MAYC Titiwangsa serta AJK penduduk bagi kedua-dua PPR.
Program Food Bank Lestari – Misi Bantuan Kemanusiaan MAIWP Prihatin 2024 akan diteruskan lagi ke 18 PPR terpilih di Wilayah Persekutuan sepanjang tahun ini.
Berpakat Bantu Masyarakat
Share our story!
Lend your Help!
Every RM10 You Donate, Provide 1 Meal to Someone in Need
Donate Now
More Post..
HELP US
Every donation will go to feed the right person.
DONATE