29 Disember 2024 – Pada hujung minggu yang lalu juga diadakan sesi penyerahan barangan asas untuk Food Bank Komuniti Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) tajaan Dunkin’ Malaysia. Barangan tersebut diserahkan kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kuala Tahan bersama Bird Group Taman Negara Kuala Tahan, yang bertanggungjawab menguruskan Food Bank Komuniti YFBM di Kuala Tahan, Pahang.
Food Bank Komuniti YFBM adalah inisiatif YFBM yang bertujuan menyediakan bantuan makanan asas kepada golongan memerlukan, seperti keluarga B40, miskin bandar, dan mangsa bencana, di peringkat komuniti setempat.
Program ini juga merupakan kesinambungan daripada kempen DUNKIN’ Cares Chocoholic Moments Combo, yang berlangsung dari 3 Oktober hingga 19 November 2024.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Dunkin’ Malaysia atas sokongan berterusan terhadap Yayasan Food Bank Malaysia. Kolaborasi ini kini memasuki tahun keempat, menunjukkan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam membantu komuniti.
Semoga kerjasama ini dapat diteruskan untuk memberi manfaat kepada lebih ramai golongan yang memerlukan pada masa hadapan.
Berpakat Bantu Masyarakat.
More Post..
HELP US
Every donation will go to feed the right person.
DONATE