FOOD BANK KASIH – RAMADAN KAREEM DI NEGERI SEMBILAN DAN MELAKA BERSAMA PERSATUAN AMAL DAN KEBAJIKAN AL-BAASITH NEGERI SEMBILAN

  • Post author:
  • Reading time:9 mins read
16 Mac 2025 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) dengan kerjasama Persatuan Amal & Kebajikan Al-Baasith Negeri Sembilan telah mengadakan program Food Bank Kasih – Ramadan Kareem bagi membantu masyarakat setempat yang memerlukan. Inisiatif ini bertujuan untuk meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan sepanjang bulan Ramadan.
 
Sebanyak 300 kotak makanan asas telah diagihkan di empat lokasi iaitu Pantai Tanjung Dahan (150 kotak), Mini Food Bank Al-Baasith, Inas (50 kotak), Balai Raya Kg Bemban (50 kotak), dan Bengkel Seri Sembilan (50 kotak). Turut hadir dalam program ini ialah Ketua Pegawai Kewangan YFBM, Encik Azhar Ahmad, Ketua Pegawai Operasi YFBM, Puan Puteri Fazlieznoor Yahaya, Pengerusi Persatuan Amal dan Kebajikan Al Baasith NS, En. Khairul Nizam Khairuddin, sukarelawan dan warga kerja YFBM.
 
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usaha ini terus memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan dan memperkukuhkan semangat kebersamaan dalam komuniti.
 
Berpakat Bantu Masyarakat!
 

HELP US

Every donation will go to feed the right person.

DONATE