FOOD BANK CARES – CHOCOHOLIC MOMENT CHARITY HOMES BERSAMA DUNKIN’ MALAYSIA

  • Post author:
  • Reading time:6 mins read

22 Januari 2025 – Dunkin’ Malaysia bersama Yayasan Food Bank Malaysia( YFBM ) telah menjayakan inisiatif Food Bank Cares – Chocoholic Moment Charity Homes dengan mengunjungi dua buah rumah kebajikan. Serahan kali ini jelas membawa kegembiraan kepada seramai 45 anak yatim melalui pemberian barangan asas, kit kebersihan, dan barangan elektrik untuk manfaat mereka.

Lokasi pertama adalah Pusat Jagaan Kasih Murni, Keramat, Kuala Lumpur, di mana 15 anak yatim telah disantuni. Lokasi kedua pula di Pusat Jagaan Amal Asyura, Sungai Buloh, Selangor, dengan serahan untuk 30 anak yatim. Turut hadir memeriahkan sesi ini ialah wakil Dunkin’ Donuts Malaysia, Puan Noraidah (Pengurus Kawasan) dan Puan Nurfarah (Penolong Pengurus Pemasaran).

Terima kasih kepada Dunkin’ Donuts Malaysia atas tajaan dan sokongan dalam menjayakan program ini. Kami percaya usaha ini bukan sahaja dapat meringankan beban mereka yang memerlukan tetapi juga dapat menyemarakkan semangat kasih sayang dan kepedulian dalam masyarakat.

Dunkin’ (Malaysia)

More Post..

HELP US

Every donation will go to feed the right person.

DONATE