13 November 2021 – YFBM dan Xiaomi sekali lagi bekerjasama dalam menjayakan misi bantuan di kawasan Selama, Perak. Misi bantuan kali ini dapat memanfaatkan sebanyak 200 penerima di Kg Sg Bayor dan Kg Rantau Panjang dimana 100 penerima di Kg Rantau Panjang dan 100 penerima di Kg Sg Bayor. Antara barangan yang disumbangkan merupakan bekalan makanan asas seperti gula, minyak, tepung, garam, roti, telur dan lain lain. Jumlah sumbangan ini dijangka melebihi RM100.00 .
Misi Food Bank Cares Xioami ini mendapat kerjasama daripada pihak Sahabat Jariah Malaysia dan AJK surau yang terlibat. Ketua Pegawai Kewangan YFBM, Encik Azhar Ahmad sempat memberikan sedikit ucapan. “Penerima perlu bersyukur diatas sumbangan ini kerana telah terpilih untuk menerima bantuan ini. Semoga dengan bantuan yang ada ini dapat memudahkan lagi urusan penerima” kata beliau.
Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada Xiaomi Malaysia yang menjadi penyumbang utama dalam misi Food Bank Cares Xiaomi ini. Tidak dilupakan juga pihak yang turut memberikan kerja sama penuh dalam menjayakan misi bantuan kali ini.
More Post..

FOOD BANK LESTARI – MISI BANTUAN KEMANUSIAAN MAIWP PRIHATIN 2024 FASA 2
afiq_yfbm_admin
December 21, 2024
21 Disember 2024 – Program Food Bank Lestari – Misi Bantuan Kemanusiaan MAIWP Prihatin 2024 Fasa 2 telah berlangsung di PPR Anggerik dan PPR Desa

KINDNESS BASKET: BURR COMPUTER ENVIRONMENTS INC (BCEI) BERSAMA YAYASAN FOOD BANK MALAYSIA
afiq_yfbm_admin
May 31, 2025
31 Mei 2025 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) dengan sumbangan dari Burr Computer Environments, Inc (BCEI) telah mengagihkan 100 kotak makanan asas beserta beras

SELAMAT HARI PEKERJA 2026
afiq_yfbm_admin
May 1, 2026
Sempena Hari Pekerja ini, Yayasan Food Bank Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pekerja yang menjadi tunjang kekuatan dalam membina masyarakat yang lebih baik. Setiap












