13 November 2021 – YFBM dan Xiaomi sekali lagi bekerjasama dalam menjayakan misi bantuan di kawasan Selama, Perak. Misi bantuan kali ini dapat memanfaatkan sebanyak 200 penerima di Kg Sg Bayor dan Kg Rantau Panjang dimana 100 penerima di Kg Rantau Panjang dan 100 penerima di Kg Sg Bayor. Antara barangan yang disumbangkan merupakan bekalan makanan asas seperti gula, minyak, tepung, garam, roti, telur dan lain lain. Jumlah sumbangan ini dijangka melebihi RM100.00 .
Misi Food Bank Cares Xioami ini mendapat kerjasama daripada pihak Sahabat Jariah Malaysia dan AJK surau yang terlibat. Ketua Pegawai Kewangan YFBM, Encik Azhar Ahmad sempat memberikan sedikit ucapan. “Penerima perlu bersyukur diatas sumbangan ini kerana telah terpilih untuk menerima bantuan ini. Semoga dengan bantuan yang ada ini dapat memudahkan lagi urusan penerima” kata beliau.
Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada Xiaomi Malaysia yang menjadi penyumbang utama dalam misi Food Bank Cares Xiaomi ini. Tidak dilupakan juga pihak yang turut memberikan kerja sama penuh dalam menjayakan misi bantuan kali ini.
More Post..

YFBM, MRA jalin kerjasama agih bantuan lebih terancang
hasriq_yfbm_admin
July 18, 2020
Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) mengumumkan jalinan kerjasamanya dengan Malaysian Relief Agency (MRA), dalam usaha mewujudkan agihan bantuan makanan dan minuman secara sistematik dan terancang.

[KEMBARA MERDEKA 65] Fasa 1 – Program Minyak Motosikal Percuma
hasriq_yfbm_admin
August 25, 2022
Misi Bantuan Kemanusiaan Kembara Merdeka ke-65 adalah kesinambungan program Kembara Merdeka yang dilaksanakan oleh Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) sejak dari awal penubuhannya lagi. Untuk

PROGRAM SUA MESRA KEMENTERIAN DALAM NEGERI DI SK LADANG DUBLIN, KARANGAN, KEDAH
afiq_yfbm_admin
November 9, 2024
9 November 2024 – Program Sua Mesra Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Ladang Dublin, Karangan, Kedah. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti Program












