Food Bank Cares DRB-Hicom

12 Oktober 2021 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) dan rakan penaja utama, DRB-HICOM telah mengagihkan bantuan bekalan makanan asas untuk kepada 100 buah keluarga di Puchong Perdana.
 
Bekalan makanan asas yang mereka terima di antaranya ialah tepung, gula, bihun, minyak masak, beras dan lain-lain.
Program ini turut mendapat kerjasama dari badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Sahabat Jariah Malaysia dan Sedulur Team.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat, terutamanya pihak penaja iaitu DRB-HICOMyang sudi membantu mereka yang memerlukan.