9-12 Januari 2025 – Yayasan Food Bank Malaysia telah menjalankan misi kemanusiaan untuk menyantuni komuniti suku kaum Orang Asli Jahut di Taman Negeri Royal Belum, Perak. Sebanyak 300 beg barangan asas telah dibawa ke Royal Belum dengan bantuan logistik dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Daerah Kuala Kangsar.
Pasukan YFBM telah bekerjasama dengan Perbadanan Taman Negeri Perak – Perak State Parks Corporation untuk mengenal pasti penerima dari Kg. Orang Asli di sekitar kawasan tersebut.
Perjalanan ini merangkumi agihan sumbangan kepada 300 KIR (Ketua Isi Rumah) dari kampung:
Kg. Bongor
Kg. Tan Haim
Kg. Klewang
Kg. Sungai Tiang
Kg. Hibol
Kg. Sg. Kejar
Kg. Sg. Jerai
Dengan pengangkutan darat dan air, termasuk penggunaan bot laju, pasukan kami komited memastikan bantuan ini sampai ke kawasan pedalaman. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam usaha murni ini. Marilah bersama-sama menyokong misi kami untuk membawa harapan dan keperluan kepada mereka yang memerlukan.
Berpakat Bantu Masyarakat!
Untuk maklumat lanjut tentang program kami:
More Post..
HELP US
Every donation will go to feed the right person.
DONATE