Sukarelawan YFBM hari ini, 22 Disember 2021 telah melaksanakan misi di beberapa lokasi yang terkesan dengan bencana banjir. Antaranya:
1. Menyampaikan bantuan bekalan makanan di Pusat Pemindahan Sementara di Sekolah Kebangsaan Putra Heights dan Surau Nurul Islah di Bukit Lanchong. (100 pek beras 10kg, 480kg Gula, Ikan masin, susu kanak kanak, pampers, pad wanita, biskut, 50 karton air mineral, minuman 3in1, roti dan lain lain)
2. Selain itu, sukarelawan kami juga telah menyumbang tenaga dengan membantu pembersihan rumah orang kampung (Bukit Lanchong) yang terkesan kerana banjir.
Sekalung penghargaan kepada penyumbang individu dan organisasi korporat yang telah menyumbang dana bantuan ini.
Sumbangan anda boleh disalurkan ke akaun bank berikut:
Name: Yayasan Food Bank Malaysia
Bank: Maybank Berhad
Akaun: 5660 1063 0584
ref: monsoon21
Sumbangan kepada Yayasan Food Bank Malaysia layak untuk mendapat Pengecualian Cukai LHDN, resit akan diberi sekiranya perlu.
More Post..

YFBM SALURKAN 100 PEK MAKANAN SEDIA DIMAKAN DAN AIR MINUMAN KEPADA MANGSA BANJIR DI KELANTAN
afiq_yfbm_admin
January 1, 2025
1 Januari 2025 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) telah menyalurkan 100 pek makanan sedia dimakan (Ready-To-Eat Food, RTEF) dan air minuman kepada mangsa banjir

MISI BANTUAN BANJIR DI SARAWAK
afiq_yfbm_admin
February 7, 2025
7 Februari 2025 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) sedang giat membuat persiapan untuk menghantar bantuan kepada mangsa banjir di Sarawak. Sebanyak 2,000 pek Ready-to-Eat

RIANG RIA RAMADAN RAYA DUNKIN’ X YAYASAN FOOD BANK MALAYSIA – ‘KINDNESS BASKET’ DI KG. KUALA SAWAH, NEGERI SEMBILAN
afiq_yfbm_admin
March 23, 2024
23 Mac 2024 – YFBM telah mengagihkan 100 set ‘Kindness Basket’ tajaan Dunkin’ Malaysia kepada penerima di Balai Raya Kg. Kuala Sawah, Rantau, Negeri Sembilan