Sukarelawan YFBM hari ini, 22 Disember 2021 telah melaksanakan misi di beberapa lokasi yang terkesan dengan bencana banjir. Antaranya:
1. Menyampaikan bantuan bekalan makanan di Pusat Pemindahan Sementara di Sekolah Kebangsaan Putra Heights dan Surau Nurul Islah di Bukit Lanchong. (100 pek beras 10kg, 480kg Gula, Ikan masin, susu kanak kanak, pampers, pad wanita, biskut, 50 karton air mineral, minuman 3in1, roti dan lain lain)
2. Selain itu, sukarelawan kami juga telah menyumbang tenaga dengan membantu pembersihan rumah orang kampung (Bukit Lanchong) yang terkesan kerana banjir.
Sekalung penghargaan kepada penyumbang individu dan organisasi korporat yang telah menyumbang dana bantuan ini.
Sumbangan anda boleh disalurkan ke akaun bank berikut:
Name: Yayasan Food Bank Malaysia
Bank: Maybank Berhad
Akaun: 5660 1063 0584
ref: monsoon21
Sumbangan kepada Yayasan Food Bank Malaysia layak untuk mendapat Pengecualian Cukai LHDN, resit akan diberi sekiranya perlu.
More Post..

PROGRAM SUSUR PULAU 2025 YFBM PULAU TUBA & PULAU DAYANG BUNTING, LANGKAWI BERSAMA YAYASAN TAQWA MAIWP
afiq_yfbm_admin
December 14, 2025
12 & 13 Disember 2025 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM), dengan kerjasama Yayasan Taqwa selaku penyumbang utama, telah melaksanakan Misi Bantuan Tengkujuh: Program Susur

Food Bank Runcit bersama Elabram Malaysia
hasriq_yfbm_admin
June 15, 2023
Sumbangan yang anda berikan untuk Inisiatif Food Bank Runcit kami sampaikan kepada penerima yang memerlukan. Elabram Malaysia turut mengambil peluang ini untuk sama membantu mereka

Misi Bantuan Kemanusiaan Covid-19
hasriq_yfbm_admin
October 19, 2021
18 & 19 Oktober 2021 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) dan rakan penaja utama, AMGEN Biopharmaceutical melalui pogram Misi Bantuan Kemanusiaan Covid-19 telah mengagihkan
