Misi Bantuan Kemanusiaan Kembara Merdeka ke-65 adalah kesinambungan program Kembara Merdeka yang dilaksanakan oleh Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) sejak dari awal penubuhannya lagi. Untuk Edisi Tahun 2022, konsep program ini sedikit berbeza daripada tahun-tahun yang lalu kerana selain daripada mengagihkan barang makanan asas, YFBM juga turut mengagihkan minyak motorsikal percuma kepada penghantar makanan, kurier dan penduduk kawasan luar bandar di mana program ini diadakan setiap minggu bermula pada 5 Ogos 2022 di Bandar Baru Bangi dan berakhir pada 28 Ogos 2022 di Port Dickson. Seramai 1560 orang telah menerima sumbangan minyak motorsikal pada program ini.
Berikut merupakan lokasi-lokasi yang dikunjungi oleh Yayasan Food Bank Malaysia :
1) Seksyen 9, Bandar Baru Bangi ( 160 Penerima )
2) Kg Iboi, Baling ( 200 Penerima )
3) Kg Pisang, Baling ( 200 Penerima )
4) Kupang, Baling ( 200 Penerima )
5) Arau, Perlis ( 200 penerima )
6) Kg Lubuk Buntar Bandar Baharu, Kulim Kedah ( 300 Penerima )
7) Jalan Pantai, Bandar Baru Sunggala Port Dickson ( 300 penerima )
Selain itu, mereka yang hadir di program ini turut menerima barangan makanan sumbangan daripada Syarikat Gardenia Bakeries KL dan Mi Sedaap Malaysia. YFBM menerima maklumbalas yang positif daripada penerima yang hadir malah mereka mengharapkan program sebegini perlu diadakan lagi pada masa akan datang. Walaupun nilai yang disumbangkan dianggap kecil tetapi ianya sangat memberi manafaat kepada golongan yang memerlukan di luar sana.
Activity Post...
More Post..

PROGRAM FOOD BANK LESTARI – NIKMAT SYAWAL 2024 DI MADRASAH KAMPUNG SAWAH LEBAR, KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN
23 Mei 2024 – Semalam telah berlangsungnya Program Food Bank Lestari – Nikmat Syawal YFBM 2024 di Madrasah Kampung Sawah Lebar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Pengagihan 22,000 roti Massimo di PPR Wangsa Maju
YFBM x Insaf Malaysia mengagihkan lebih 22,000 ribu roti Massimo di PPR Wangsa Maju Lebih dari 22,000 Roti Ban Sandwich Massimo Bread telah disampaikan kepada

Perasmian Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-48 Sekolah Kebangsaan Ewa, Langkawi Kedah
En Johan Halid, Ketua Pegawai Eksekutif YFBM hari ini merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-48 dan menyerahkan sumbangan 20 kotak bekalan makanan asas kepada pelajar-pelajar
