1 Januari 2022- Pada hari ini YFBM menyerahkan beberapa barang kelengkapan dan peralatan di Perlis iaitu lokasi pertama di Rumah Kebajikan Anak Anak Yatim Mak Teh melalui dana sumbangan daripada Cimb Foundation. Seramai 17 pelajar telah mendapat manfaat dari sumbangan ini. Antara barang yg disumbangkan adalah mesin pengering pakaian, penyidai kain, mesin pengisar, periuk nasi, mesin penyedut habuk, mesin basuh automatik, seterika, papan penggosok dan rak tuala.
Manakala lokasi kedua adalah di Rumah Jannah iaitu Pusat Jagaan Anak Anak Yatim & Asnaf. Seramai 25 anak – anak di pusat jagaan ini mendapat manfaat dari sumbangan Cimb Foundation ini. Antara barang-barang yang disumbangkan adalah mesin pengering pakaian, kipas dinding, seterika, papan penggosok, peti ais, dan rak tuala serta jamuan makan untuk 25 anak-anak yatim di sini.
Jutaan terima kasih kepada CIMB Foundation kerana telah memberi sumbangan yang tidak ternilai kepada dua rumah kebajikan ini.
Sumbangan anda boleh disalurkan ke akaun bank berikut:
Name: Yayasan Food Bank Malaysia
Bank: Maybank Berhad
Akaun: 5660 1063 0584
ref: CharityHome22
Sumbangan kepada Yayasan Food Bank Malaysia layak untuk mendapat Pengecualian Cukai LHDN, resit akan diberi sekiranya perlu.
More Post..

Time to get serious about food waste
afiq_yfbm_admin
November 16, 2020
The tallest twin towers in the world is Malaysia’s Petronas Twin Towers, standing at 451.9 metres tall. Now try to imagine 16 of these twin

Misi Bantuan Kemanusiaan Banjir – Kelantan
hasriq_yfbm_admin
December 22, 2022
1000 bag bantuan makanan “Ready to Eat” selamat disumbangkan kepada mangsa banjir di Kelantan melalui Misi Bantuan Kemanusiaan Banjir 2022 – Kelantan. Bag sumbangan makanan

FOOD BANK KASIH – RAMADAN KAREEM DI NEGERI SEMBILAN DAN MELAKA BERSAMA PERSATUAN AMAL DAN KEBAJIKAN AL-BAASITH NEGERI SEMBILAN
afiq_yfbm_admin
March 16, 2025
16 Mac 2025 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) dengan kerjasama Persatuan Amal & Kebajikan Al-Baasith Negeri Sembilan telah mengadakan program Food Bank Kasih –
