13 November 2021 – YFBM dan Xiaomi sekali lagi bekerjasama dalam menjayakan misi bantuan di kawasan Selama, Perak. Misi bantuan kali ini dapat memanfaatkan sebanyak 200 penerima di Kg Sg Bayor dan Kg Rantau Panjang dimana 100 penerima di Kg Rantau Panjang dan 100 penerima di Kg Sg Bayor. Antara barangan yang disumbangkan merupakan bekalan makanan asas seperti gula, minyak, tepung, garam, roti, telur dan lain lain. Jumlah sumbangan ini dijangka melebihi RM100.00 .
Misi Food Bank Cares Xioami ini mendapat kerjasama daripada pihak Sahabat Jariah Malaysia dan AJK surau yang terlibat. Ketua Pegawai Kewangan YFBM, Encik Azhar Ahmad sempat memberikan sedikit ucapan. “Penerima perlu bersyukur diatas sumbangan ini kerana telah terpilih untuk menerima bantuan ini. Semoga dengan bantuan yang ada ini dapat memudahkan lagi urusan penerima” kata beliau.
Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada Xiaomi Malaysia yang menjadi penyumbang utama dalam misi Food Bank Cares Xiaomi ini. Tidak dilupakan juga pihak yang turut memberikan kerja sama penuh dalam menjayakan misi bantuan kali ini.
More Post..

WOMEN ECONOMIC FORUM ASEAN 2025
afiq_yfbm_admin
June 20, 2025
20 Jun 2025 – Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Food Bank Malaysia, Encik Johan Halid telah dijemput sebagai panel speaker dalam sesi Round Table 6 bertajuk

Selamat Hari Bapa 2023
hasriq_yfbm_admin
June 18, 2023
Selamat Hari Bapa Ikhlas daripada kami, seluruh warga Yayasan Food Bank Malaysia Berpakat Bantu Masyarakat #YFBM Share our story! Lend your Help! Every RM5 You

SEMARAKKAN RAMADAN BERSAMA DUNKIN – AGIHAN BUBUR LAMBUK DENGAN KERJASAMA LHDN PENANG
afiq_yfbm_admin
March 17, 2025
17 Mac 2025 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) bersama Dunkin’ Malaysia telah mengedarkan 500 bubur lambuk dalam Program Semarakkan Ramadan Bersama Dunkin’ yang berlangsung












