21 Oktober 2021 – Food Bank Komuniti Gopeng ini merupakan tajaan terus daripada Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM). Setakat ini, sebanyak tujuh (7) buah Food Bank Komuniti telah ditubuhkan di seluruh Malaysia termasuklah di daerah Lumut, Simpang Renggam, Gopeng, Kota Damansara, Baling, Lembah Pantai dan Kuala Tahan.
Food Bank Komuniti di Gopeng ini telah beroperasi selama tiga bulan dan dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YFBM, Encik Ab Wahab Long. Food Bank Komuniti ini beroperasi menggunakan konsep “ambil sekadar perlu, derma andai mampu”.
YFBM akan membantu dari segi bekalan barangan keperluan asas dalam tempoh 3 hingga 6 bulan bergantung kepada dana penajaan yang dianggarkan sekitar RM50,000.
Sepanjang tempoh itu, YFBM akan memberikan khidmat nasihat kepada setiap pihak pengurusan Food Bank Komuniti untuk mencari tajaan sendiri dari syarikat korporat setempat.
Food Bank Komuniti Gopeng ini diuruskan oleh badan bukan kerajaan iaitu Pertubuhan Perpaduan Budaya Wanita Kinta, Perak.
YFBM turut berharap agar lebih ramai lagi Food Bank Hero daripada syarikat pengilang, pemborong makanan, pasar raya besar, industri hotel dan syarikat korporat untuk tampil kehadapan bagi membantu usaha murni ini.
More Post..

[FASA 2] Misi Bantuan Kemanusiaan Musim Tengkujuh Food Bank Relief CIMB Foundation di Negeri Sembilan
hasriq_yfbm_admin
February 10, 2023
Pada harini sebanyak 800 set sumbangan barangan asas telah di siapkan bagi FASA 2 Program Misi Bantuan Kemanusiaan Musim Tengkujuh Food Bank Relief CIMB Foundation

Anak anak Orang Asli Kaum Bateq bersihkan diri bersama L’Oreal Malaysia
hasriq_yfbm_admin
June 14, 2023
Terima kasih L’Oreal Malaysia! Anak anak Orang Asli Kaum Bateq yang sedang giat membersihkan diri di sungai sambil menggunakan alatan kebersihan yang disumbangkan oleh L’Oreal

Misi Bantuan Kemanusiaan Food Bank Cares Ramadan Kasih 2023 di Negeri Sembilan
hasriq_yfbm_admin
April 16, 2023
Yayasan Food Bank Malaysia meneruskan Misi Bantuan Kemanusiaan Food Bank Cares Ramadan Kasih 2023 semalam di Kg. Stesyen Kuala Sawah,Rantau, Negeri Sembilan. Sebanyak 150 kotak








