Misi Bantuan Kemanusiaan Covid-19

  • Post author:
  • Reading time:4 mins read
18 & 19 Oktober 2021 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) dan rakan penaja utama, AMGEN Biopharmaceutical melalui pogram Misi Bantuan Kemanusiaan Covid-19 telah mengagihkan bantuan bekalan makanan asas kepada 63 buah keluarga di Pulau Aur & Pulau Pemanggil di Mersing, Johor
Setiap keluarga di pulau ini telah menerima 3 pek bekalan makanan asas di antaranya ialah tepung, gula, bihun, minyak masak, beras dan lain-lain.
 
Program yang berlangsung selama dua hari ini turut mendapat kerjasama dari agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Jabatan Laut Malaysia Wilayah Selatan, Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri, Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan Sahabat Jariah Malaysia
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat, terutamanya pihak penaja iaitu AMGEN Biopharmaceutical yang sudi membantu mereka yang memerlukan.