SESI PEMBUNGKUSAN 360 BEG BANTUAN MAKANAN ASAS UNTUK PROGRAM SUSUR PULAU 2026 BERSAMA PUBLIC BANK BERHAD

  • Post author:
  • Reading time:5 mins read
 

17 Oktober 2026 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) telah mengadakan sesi pembungkusan di Pusat Pengumpulan dan Pengedaran YFBM dengan kerjasama Public Bank Berhad bagi Program Susur Pulau 2026 di Mersing, Johor.

Sebanyak 360 beg bantuan makanan asas telah disediakan untuk diagihkan kepada komuniti pulau di Mersing bagi membantu memenuhi keperluan makanan asas mereka untuk musim tengkujuh. Sesi pembungkusan ini turut melibatkan sukarelawan dari Public Bank Berhad bersama warga kerja YFBM.

YFBM merakamkan penghargaan kepada Public Bank Berhad atas sumbangan dan kerjasama dalam menjayakan Program Susur Pulau 2026, serta kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan bantuan ini dapat disalurkan kepada komuniti pulau yang memerlukan.

Berpakat Bantu Masyarakat.

DONATE