17 September 2026 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) meneruskan inisiatif Kindness Basket menerusi sumbangan daripada Leadership Resources Malaysia kepada komuniti di Kg. Sungai Machang, Semenyih. Sebanyak 70 kotak bantuan asas telah disediakan melalui sesi pembungkusan bersama sukarelawan Leadership Resources Malaysia di YFBM sebelum diagihkan kepada penerima di Balai Raya Kg. Sungai Machang.
Turut hadir bersama dalam program ini ialah Encik. Kaarthigayan, Ketua Kewangan dan Perundingan merangkap Ketua Pemasaran, Encik Abdul Jalil bin Harun, Ketua Kampung Sungai Machang, Encik Azhar bin Ahmad, Ketua Pegawai Kewangan YFBM, barisan jawatankuasa dan wakil komuniti Sungai Machang, serta sukarelawan Leadership Resources Malaysia dan warga kerja YFBM yang bersama-sama menjayakan sesi pembungkusan dan penyampaian sumbangan.
YFBM merakamkan penghargaan kepada Leadership Resources Malaysia atas sumbangan dan sokongan yang diberikan dalam menjayakan Program Kindness Basket ini. Kerjasama seperti ini membantu memastikan sumbangan makanan dapat disampaikan kepada komuniti yang memerlukan, di samping memperkukuh usaha bersama dalam membina masyarakat yang saling membantu.











