Dengan sokongan dan sumbangan daripada Yayasan Taqwa-MAIWP, program ini meneruskan usaha menyampaikan bantuan secara langsung kepada komuniti setempat. Seramai 101 keluarga menerima sumbangan pada hari kedua, selain turut menerima manfaat daripada program tambahan salon bergerak yang disediakan untuk penduduk kampung.
Turut hadir menyempurnakan penyampaian sumbangan ialah Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Taqwa MAIWP, Tuan Mohd Shamikhairul Fadlly bin Samsudin, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa MAIWP, Dr. Mohd Faridh Hafez bin Mhd Omar, Ketua Pegawai Eksekutif YFBM, Encik Johan bin Halid, Ketua Pegawai Operasi YFBM, Puan Puteri Fazlieznoor, serta AJK tempatan dan komuniti setempat.
Program turut disertai sesi taklimat keselamatan di laut yang disampaikan oleh Pegawai Penguatkuasa APMM, Lt. Dya (M) Mohamad Kamarul bin Yusuff, sebagai panduan kepada komuniti khususnya penduduk yang menjalankan aktiviti berkaitan laut.
YFBM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yayasan Taqwa-MAIWP atas sokongan dan sumbangan yang diberikan, serta kepada APMM, komuniti Pulau Pangkor, sukarelawan dan semua pihak yang bersama-sama menjayakan Program Susur Pulau Sumbangan Yayasan Taqwa-MAIWP 2026.
Berpakat Bantu Masyarakat!






