11 September 2026 – Program Susur Pulau Sumbangan Yayasan Taqwa-MAIWP 2026 anjuran Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) diteruskan di Pulau Pangkor, Perak, dengan agihan sumbangan kepada komuniti di sekitar Kampung Sungai Pinang Besar dan Teluk Baru.
Dengan sokongan dan sumbangan daripada Yayasan Taqwa-MAIWP, program ini merupakan sebahagian daripada usaha membantu komuniti yang memerlukan dengan menyampaikan bantuan keperluan asas secara terus kepada penduduk setempat. Pada hari pertama, seramai 99 keluarga menerima sumbangan di Arena Kampung Sungai Pinang Besar. Program turut disertai dengan salon bergerak sebagai salah satu inisiatif tambahan untuk komuniti.
Turut hadir menyempurnakan penyampaian sumbangan ialah Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Taqwa MAIWP, Tuan Mohd Shamikhairul Fadlly bin Samsudin, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa MAIWP, Dr. Mohd Faridh Hafez bin Mhd Omar, Ketua Pegawai Eksekutif YFBM, Encik Johan bin Halid, Ketua Pegawai Operasi, Puan Puteri Fazlieznoor, serta AJK tempatan, dan komuniti setempat.
Program turut disertai sesi taklimat keselamatan di laut yang disampaikan oleh Pegawai Penguatkuasa APMM, Lt. Dya (M) Mohamad Kamarul bin Yusuff, sebagai panduan kepada komuniti khususnya penduduk yang menjalankan aktiviti berkaitan laut.
YFBM merakamkan penghargaan kepada Yayasan Taqwa-MAIWP, APMM, komuniti setempat serta seluruh pihak dan sukarelawan yang terlibat dalam menjayakan pelaksanaan program ini. Semoga usaha bersama ini dapat terus memberi manfaat kepada komuniti Pulau Pangkor.
@yayasantaqwamaiwp




