21 Ogos 2026 – Kembara Merdeka 69 bersama Etika Sdn Bhd bermula di Pos Lemoi, Cameron Highlands, dengan menyantuni komuniti Orang Asli di Kampung Telimau dan Kampung Lemoi. Sepanjang misi dua hari ini, sebanyak 300 beg makanan asas telah diagihkan kepada komuniti Orang Asli di empat buah kampung sebagai sebahagian daripada usaha bersama untuk berkongsi rezeki dan menyantuni komuniti Orang Asli di Cameron Highland.
Pada hari pertama, sebanyak 150 beg makanan asas telah diagihkan kepada komuniti Orang Asli di Kampung Telimau dan Kampung Lemoi. Program turut dimeriahkan dengan nyanyian lagu-lagu patriotik serta perkongsian daripada Etika Sdn Bhd mengenai peluang pekerjaan bersama Etika kepada komuniti Orang Asli.
Terima kasih kepada Etika Sdn Bhd atas sokongan dan kepercayaan dalam menjayakan Kembara Merdeka 69 bersama Yayasan Food Bank Malaysia. Semoga setiap sumbangan yang disampaikan membawa manfaat kepada penerima serta menyemarakkan semangat kemerdekaan bersama komuniti Orang Asli.
Merdeka bersama, kita bantu bersama.
Berpakat Bantu Masyarakat.




