PROGRAM SENTUHAN KASIH ZAKAT MAIWP BERSAMA YAYASAN FOOD BANK MALAYSIA 2026 DI SURAU AL-HUSNA, PPR SERI SEMARAK

  • Post author:
  • Reading time:4 mins read
 

19 Ogos 2026 — Kolaborasi antara Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) diteruskan menerusi Program Sentuhan Kasih Zakat MAIWP 2026. Bagi siri kali ini, seramai 150 penerima telah disantuni dalam program yang berlangsung di Surau Al-Husna, PPR Seri Semarak, Kuala Lumpur.

Inisiatif ini merupakan usaha berterusan dalam membantu golongan yang memerlukan melalui penyaluran bantuan serta sokongan komuniti setempat. Program turut disertai dengan kaunter sementara PAZA, gimik penyerahan bantuan kepada penerima serta lawatan ke rumah penerima bagi menyantuni mereka dengan lebih dekat.

Program ini turut dihadiri oleh Penolong Pengurus PAZA Parlimen Setiawangsa, Encik Nur Izzat bin Kamaruddin,Pengerusi Surau Jumaat Al Husna, Tuan Haji Mahat Bin Yunus, Pengerusi Persatuan Penduduk Seri Semarak, Encik Azmi bin Abdul Aziz, serta Ketua Pegawai Kewangan, Encik Azhar bin Ahmad bersama warga kerja YFBM dan AJK tempatan.

YFBM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak MAIWP, para sukarelawan, dan komuniti setempat atas komitmen serta kerjasama dalam menjayakan program ini.

Berpakat Bantu Masyarakat.