PROGRAM SENTUHAN KASIH ZAKAT MAIWP BERSAMA YAYASAN FOOD BANK MALAYSIA 2026 DI SURAU KHAIRAT DESA PANDAN

  • Post author:
  • Reading time:3 mins read
 
19 Ogos 2026 — Kolaborasi antara Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) diteruskan menerusi Program Sentuhan Kasih Zakat MAIWP 2026. Bagi siri kali ini, seramai 150 penerima telah disantuni dalam program yang berlangsung di Surau Khairat Desa Pandan, Flat Desa Pandan, Kuala Lumpur.

Inisiatif ini merupakan usaha berterusan dalam membantu golongan yang memerlukan melalui penyaluran bantuan serta sokongan komuniti setempat.
Program turut disertai dengan sesi saringan kesihatan dari Klinik As Salam, gimik penyerahan bantuan kepada penerima serta lawatan ke rumah penerima bagi menyantuni mereka dengan lebih dekat.

Program ini turut dihadiri oleh Penolong Pengurus PAZA Parlimen Titiwangsa, Muhammad Farhan bin Darus,Pengerusi Persatuan Penduduk Anak Kg Pandan Luar, Tuan Haji Jaafar bin Hassan, serta Ketua Pegawai Kewangan, Encik Azhar bin Ahmad bersama warga kerja YFBM dan AJK tempatan.

YFBM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak MAIWP, para sukarelawan, dan komuniti setempat atas komitmen serta kerjasama dalam menjayakan program ini.

MAIWP HQ
Pusat Pungutan Zakat – MAIWP

Klinik As-Salam

Berpakat Bantu Masyarakat.