SESI PEMBUNGKUSAN 750 KOTAK BANTUAN PROGRAM SENTUHAN KASIH ZAKAT MAIWP (FASA 2) BERSAMA YAM TENGKU DATIN PADUKA SETIA ZATASHAH

  • Post author:
  • Reading time:4 mins read

14 Ogos 2026 – Telah berlangsung sesi pembungkusan 750 kotak bantuan makanan dan barangan keperluan harian di Gudang Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) di bawah Program Sentuhan Kasih Zakat MAIWP 2026 (Fasa 2). Sesi ini dijayakan menerusi kerjasama YFBM bersama PUSPANITA Cawangan Kementerian Pendidikan Tinggi (PCKPT) melalui Biro Kebajikan dan Kesukarelawanan, dengan penglibatan 20 sukarelawan PCKPT serta 20 pelajar dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Sesi pembungkusan bertemakan pakaian Kembara Merdeka 68 ini tampil lebih bermakna apabila YAM Tengku Datin Paduka Setia Zatashah binti Sultan Sharafuddin Idris Shah, Pengerusi YFBM, berkenan mencemar duli turun padang menyertai sesi pembungkusan bersama para sukarelawan dan warga kerja YFBM. Turut hadir menjayakan program ini ialah YBhg. Datin Hajah Murni binti Muda yang mewakili PCKPT untuk menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada YAM Tengku Zatashah serta pihak YFBM.

YFBM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YAM Tengku Zatashah, YBhg. Datin Hajah Murni binti Muda, PCKPT, MAIWP, para pelajar UPM, serta seluruh warga kerja dan sukarelawan yang terlibat atas semangat kesukarelawanan, komitmen, dan keprihatinan tinggi dalam memastikan bantuan ini dapat disalurkan kepada golongan asnaf yang memerlukan.

@uni.putramalaysia

Berpakat Bantu Masyarakat.