BEAUTY FOR A BETTER LIFE (BFBL) MOBILE SALON: KAMPUNG ORANG ASLI ULU BATU

  • Post author:
  • Reading time:5 mins read

20 Jun 2026 – Program Beauty For A Better Life (BFBL) Mobile Salon, sebuah inisiatif di bawah L’Oréal Malaysia bersama Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM), telah berlangsung di Kampung Orang Asli Ulu Batu dengan menyasarkan seramai 30 penerima manfaat daripada komuniti setempat.

Melalui program ini, para penerima manfaat berpeluang mendapatkan perkhidmatan gunting rambut dan penjagaan diri secara percuma yang dikendalikan oleh pakar kecantikan bertauliah L’Oréal Malaysia. Inisiatif ini bukan sahaja membantu dari aspek kebersihan diri, malah turut meningkatkan keyakinan dan kesejahteraan komuniti yang disantuni.

Semoga bantuan ini dapat memenuhi keperluan asas dan juga merangkumi penjagaan diri, maruah dan kesejahteraan setiap individu.

Berpakat Bantu Masyarakat



DONATE