Setiap insan mempunyai seseorang yang pernah menjadi tempat bergantung, sumber kekuatan dan pelindung ketika menghadapi cabaran kehidupan.
Insan tersebut adalah seorang abah, ayah, papa atau walau apa jua panggilan yang membawa makna kasih sayang dan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi.
Di sebalik senyuman keluarga, terdapat pengorbanan yang sering tidak terlihat. Ada yang bekerja tanpa mengenal penat lelah, mengutamakan keperluan keluarga melebihi diri sendiri, dan terus berusaha walaupun berdepan pelbagai kesukaran.
Pada Hari Bapa ini, Yayasan Food Bank Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua abah yang menjadi tunjang kekuatan keluarga dan masyarakat.
Terima kasih atas segala pengorbanan, kasih sayang dan doa yang sentiasa mengiringi langkah anak-anak.
