MISI BANTUAN KECEMASAN: SANDAKAN, SABAH FASA III

  • Post author:
  • Reading time:4 mins read

Hari pertama pasukan Yayasan Food Bank Malaysia tiba di Sandakan, Sabah bagi meneruskan pelaksanaan Misi Bantuan Kecemasan Fasa III. Aktiviti dimulakan dengan pembelian barangan keperluan bagi pembangunan Central Kitchen yang akan memberi manfaat kepada komuniti setempat dalam jangka masa panjang.

Usaha ini dilaksanakan hasil sokongan daripada Yayasan Hasanah dan GDRN, dengan bantuan Pertubuhan Kebajikan Sedulur serta Ahli Jawatankuasa Kampung Bahagia, Sandakan. Kerjasama yang terjalin antara rakan strategik dan komuniti setempat menjadi pemangkin kepada kelancaran pelaksanaan projek ini.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan usaha ini. Semoga usaha ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

 

BERPAKAT BANTU MASYARAKAT!

DONATE