MISI BANTUAN KECEMASAN: BANJIR KILAT DI KOMUNITI ORANG ASLI, SELANGOR

  • Post author:
  • Reading time:3 mins read

15 Mei 2026 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) telah menyalurkan bantuan makanan Ready to Eat (RTE) kepada mangsa-mangsa banjir kilat di Kampung Orang Asli Ulu Kuang dan Kampung Orang Asli Sungai Buloh, Selangor yang terjejas akibat hujan lebat serta limpahan air secara tiba-tiba.

Bantuan ini dihulurkan sebagai respon kecemasan bagi membantu penduduk yang terkesan, khususnya dalam memastikan bekalan makanan asas dapat disalurkan dengan segera ketika berdepan situasi bencana. Usaha ini merupakan komitmen berterusan YFBM dalam menyantuni komuniti yang memerlukan dan memastikan bantuan sampai pada waktu yang paling genting.

YFBM percaya bahawa setiap bantuan yang disalurkan mampu memberi sedikit kelegaan kepada mangsa yang sedang berhadapan dengan cabaran pasca bencana.

Berpakat Bantu Masyarakat

Anda juga boleh menyokong misi kami dengan menyumbang terus kepada YFBM:

MAYBANK
566010630584
Yayasan Food Bank Malaysia

RUJ: BANJIR

 

DONATE