PROGRAM KINDNESS BASKET YAYASAN FOOD BANK MALAYSIA SUMBANGAN AMAZON WEB SERVICES (AWS) MALAYSIA 2026

  • Post author:
  • Reading time:3 mins read
 
14 Mei 2026 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) telah menganjurkan Program Kindness Basket 2026 sumbangan Amazon Web Services di PPR Sentul Murni, Kuala Lumpur sebagai usaha berterusan dalam membantu komuniti yang memerlukan melalui penyediaan kotak bantuan makanan asas. Sebanyak 100 kotak Kindness Basket telah dibungkus dan diagihkan kepada 100 penerima yang terdiri daripada penduduk setempat yang memerlukan.

Program ini turut dihadiri oleh wakil PPR Sentul Murni, Encik Zaini Abdullah, wakil daripada Amazon Web Services Kuala Lumpur, Malaysia iaitu Haikal Bin Ahmad Rashidi dan Nursyamira Aida Binti Jamaluddin, serta Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Food Bank Malaysia, Johan Halid, AJK tempatan dan warga kerja YFBM.

Yayasan Food Bank Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Amazon Web Services atas kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan program ini. Semoga kolaborasi seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi memperluaskan impak bantuan dan menyemarakkan semangat kebersamaan dalam menyantuni masyarakat yang memerlukan.

Amazon Web Services( Kuala Lumpur, Malaysia )

Berpakat bantu masyarakat.

DONATE