8 Mei 2026 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) telah melaksanakan Program Kindness Basket hasil sumbangan daripada @manulife.malaysia bertempat di Masjid Mukim Mujur, Jelawat, Bachok bagi membantu meringankan beban komuniti setempat yang memerlukan. Sebanyak 150 bakul makanan telah diagihkan kepada penerima di komuniti setempat.
Turut hadir pada program ialah Imam Muda merangkap Timbalan Pengerusi Masjid Mukim Mujur, Encik Muhammad Amir Shakir bin Nordin, Imam Muda, Kegtua Pegawai Operasi YFBM, Puan Puteri Fazlieznoor binti Yahaya, Pengerusi Besar YFBM, Puan Yang Rafidah binti Othman, AJK tempatan, warga kerja YFBM, dan komuniti setempat.
Terima kasih kepada pihak Manulife atas sumbangan dan kepercayaan yang diberikan dalam menjayakan program ini. Semoga sumbangan ini memberi manfaat dan mengurangkan beban kepada komuniti setempat.
Berpakat Bantu Masyarakat.
