PROGRAM KINDNESS BASKET : PASIR PUTEH, KELANTAN BERSAMA IKHLASDOTCOM

  • Post author:
  • Reading time:2 mins read
 
8 Mei 2026 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) telah melaksanakan Program Kindness Basket hasil sumbangan daripada @ikhlasdotcom bertempat di Masjid Al Zahra Jeram Pasu, Pasir Puteh, Kelantan bagi membantu meringankan beban komuniti setempat yang memerlukan. Sebanyak 100 bakul makanan telah diagihkan kepada penerima di komuniti setempat.

Turut hadir ialah Tuan Ahmad Tarmizi bin Che Harun, Imam Masjid Al Zahra Jeram Pasu, Ketua Pegawai Operasi YFBM, Puan Puteri Fazlieznoor binti Yahaya, Pengurus Besar YFBM, Puan Yang Rafidah binti Othman, AJK tempatan dan warga kerja YFBM.

Terima kasih kepada IKHLAS.COM atas sumbangan dan kepercayaan yang diberikan dalam menjayakan program ini. Setiap bantuan yang disampaikan amat bermakna dalam memastikan lebih ramai komuniti menerima manfaat dan tidak terpinggir.

Berpakat Bantu Masyarakat!

DONATE