Sempena Hari Pekerja ini, Yayasan Food Bank Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pekerja yang menjadi tunjang kekuatan dalam membina masyarakat yang lebih baik.
Setiap usaha, pengorbanan dan dedikasi anda memainkan peranan penting dalam menggerakkan perubahan dan memberi manfaat kepada ramai.
Terima kasih kepada seluruh warga kerja, sukarelawan, rakan strategik dan para penyumbang yang terus bersama kami dalam misi menyelamatkan lebihan makanan serta menyalurkannya kepada komuniti yang memerlukan.
Bersama, kita terus melangkah ke arah masa depan yang lebih lestari dan bebas kelaparan.
Berpakat Bantu Masyarakat!
