19 April 2026 – Beauty For A Better Life (BFBL) Mobile Salon, sebuah inisiatif di bawah L’Oréal, bersama Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) telah turun padang ke kawasan Pasar Seni bagi menyantuni golongan gelandangan dan komuniti yang memerlukan melalui sesi gunting rambut percuma.
Melalui kerjasama antara L’Oréal Malaysia dan YFBM, salon ini diwujudkan bagi menyediakan perkhidmatan penjagaan diri kepada komuniti yang kurang mendapat akses kepada kemudahan asas, sekaligus membantu meningkatkan keyakinan diri dan kesejahteraan mereka.
Selain perkhidmatan gunting rambut, para penerima turut menerima produk penjagaan diri tajaan L’Oréal sebagai usaha menyokong kebersihan harian dan penjagaan diri. YFBM percaya bahawa bantuan bukan hanya terhad kepada makanan, tetapi juga merangkumi maruah, penjagaan diri dan sokongan berterusan kepada mereka yang memerlukan.
Berpakat Bantu Masyarakat!




