29 April 2026 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) terus komited menyalurkan sumbangan barangan surplus bagi membantu keperluan mangsa-mangsa kebakaran yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Batu Sapi, Sandakan.
Sumbangan ini turut disalurkan buat para petugas yang bertugas di PPS bagi memastikan bekalan makanan berkualiti sentiasa mencukupi sepanjang tempoh penempatan sementara dan proses bantuan berlangsung.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Nestlé, Lactalis, Etika, Farm Fresh serta KPDN atas sokongan dan kerjasama dalam menjayakan misi bantuan ini. Semoga usaha bersama ini dapat memberi meringankan beban kepada komuniti setempat.
@nestle.malaysia
@lactalismyprofessional
@lifeatetika
@farmfreshmilkmalaysia
Berpakat Bantu Masyarakat.
