PROGRAM SENTUHAN KASIH ZAKAT MAIWP 2026 DI MASJID AL-KASYI’IN DESA PETALING

  • Post author:
  • Reading time:2 mins read
25 April 2026 — Kolaborasi antara Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) diteruskan buat tahun ketiga. Tahun ini, program tampil dengan SENTUHAN KASIH ZAKAT MAIWP. Bagi siri kali ini, seramai 150 penerima telah disantuni dalam program yang berlangsung di Masjid Al-Khasyi’in, Taman Desa Petaling.
 

Inisiatif ini merupakan usaha berterusan dalam menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan melalui dana zakat. Tahun ini, program turut diperkasakan dengan penyediaan kaunter semakan kelayakan oleh Pusat Agihan Zakat (PAZA) MAIWP bagi memudahkan urusan penerima, di samping perkhidmatan salon bergerak khas untuk penerima wanita.

Program ini turut dihadiri oleh Encik Muhammad Yasir bin Abd Samad Cheam, penyelaras PAZA Bukit Bintang, Tuan Haji Mohd Ghazali bin Omar, Pengerusi Masjid Al-Khasyi’in, Encik Johan bin Halid, Ketua Pegawai Eksekutif YFBM, Puan Puteri Fazlieznoor binti Yahaya, Ketua Pegawai Operasi YFBM, Ustaz Munaim bin Jaafar, serta warga kerja YFBM dan ahli jawatankuasa masjid.

YFBM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak MAIWP, para sukarelawan, dan komuniti setempat atas komitmen dalam menjayakan program ini.

@hqmaiwp

@pusatpungutanzakat

Berpakat Bantu Masyarakat.

DONATE