Kemas Kini: Penyaluran Bantuan Makanan di PPS SMK Batu Sapi

  • Post author:
  • Reading time:1 mins read

22 April 2026 – Sebanyak 30 kotak makanan Ready-To-Eat (RTE) telah berjaya diagihkan kepada 30 keluarga yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SMK Batu Sapi, Sandakan. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan bagi memastikan mangsa bencana mendapat akses kepada bekalan makanan yang mencukupi dan sedia dimakan sepanjang tempoh penempatan mereka. Bantuan ini dapat direalisasikan hasil sumbangan ikhlas daripada Yayasan Hasanah dan GDRN.

Pihak kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para penyumbang serta semua rakan strategik yang komited dalam menjayakan misi bantuan ini. Kerjasama padu ini amat bermakna dalam melancarkan proses pengagihan serta meringankan beban mangsa yang terjejas. Kami terus menyeru orang ramai untuk bersama-sama menghulurkan sokongan bagi membantu komuniti Sandakan bangkit semula daripada musibah ini.

Berpakat bantu masyarakat!

DONATE